John Iliopoulos

John Iliopoulos di École Normale Supérieure, Paris, 2009.

John (Jean) Iliopoulos (Bahasa Yunani: Ιωάννης Ηλιόπουλος; 1940, Kalamata, Yunani) ialah seorang ahli fizik Yunani. Dia merupakan orang pertama yang membentangkan Model Piawai fizik zarah dalam satu laporan. Dia terkenal kerana ramalannya mengenai kuark pesona bersama Sheldon Lee Glashow dan Luciano Maiani ("mekanisme GIM").[1] Iliopoulos juga terkenal kerana menunjukkan pembatalan anomali dalam Model Piawai.[2] Dia juga terkenal dengan formula D-term Fayet-Iliopoulos, yang dipelopori pada 1974. Dia kini merupakan anggota kehormat Makmal fizik teori École Normale Supérieure, Paris.

  1. ^ S. L. Glashow; J. Iliopoulos; L. Maiani (1970). "Weak Interactions with Lepton-Hadron Symmetry". Phys. Rev. D2 (7): 1285. Bibcode:1970PhRvD...2.1285G. doi:10.1103/PhysRevD.2.1285.
  2. ^ Bouchiat, Cl, Iliopoulos, J, and Meyer, Ph (1972) . "An anomaly-free version of Weinberg's model." Physics Letters B38, no. 7 (1972) 519-523.

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Nelliwinne